-KURANG SENSITIVITI?-

masa Rymi genap 9bulan Selasa lepas (110111, nice number kan?), Mama bawak dia p check up macam biasa.. & seperti biasa la kat klinik kerajaan, ramai sungguh manusia yang menunggu giliran.. termasukla pak-pak budak yang sama join nak check kesihatan kot.. maybe depa terlalu sakit sampai terpaksa duduk kat atas kerusi & tak boleh bangun memberi kerusi tu kat mak-mak yang bawak budak kecik or mak-mak mengandung yang penat bawak perut.. entah la Mama tak tau...

mungkin jugak ada betulnya kata Ayahnye, 'depa tak cukup gagah...'

memang masyarakat kita kekurangan sensitiviti ek? Mama teringat kes lain masa Mama nak bfeedkan Ryan kat shopping complex dulu.. location kat Ikano.. Ryan dah nangis-nangis nak susu, so Mama cepat-cepat la masuk Babies Room kat 2nd floor tu... kat situ ada 2 cubicle (seingat Mama) yang disediakan untuk ruangan menyusu ni.. tapi dua-dua fully occupied.. Mama cuba pujuk-pujuk Ryan sebab dia dah cranky habis... ye la, budak lapar, what do u aspect kan? quite lama jugak la Mama berdiri kat luar tu.. tapi leh dengar yang 1 cubicle ni ada suara 2 orang.. walhal terang-terang tertulis kat situ yang bilik tu hanya untuk breastfeed mother.. takpe Mama still bersabar...

tunggu punya tunggu punya tunggu.. akhirnya kain penutup ditarik.. ada 1 lady keluar.. Mama cakap dalam hati, yes! dah boleh masuk.. tapi alih-alih lady ni p tarik balik kain tu.. ada sorang lagi tinggal kat dalam.. Mama dah berasap tapi still bersabar.. mungkin anak dia masih lapar kot. at the same time Mama dok acah-acah Ryan kasi dia leka...

tak lama lepas tu, baru another lady dalam tu keluar.. terkedu kejap Mama, rupanya dia suapkan anak dia food dalam tu!!! hadoi!!!geram betul Mama dengan lady yang takdak sensitiviti macam ni... macam la takleh suap kat luar.. bersepah bangku panjang kat dalam ikano tu...dalam Babies Room tu jugak yang dia nak lepak...

samada depa ni tak reti baca or buta huruf, kalau babies room, memang ada papan kenyataan yang terang-terang tulis hanya untuk breastfeed mother yang boleh pakai bilik tu... takde pun tulih pasal boleh kasi makan anak dalam bilik tu.. or mungkin depa pakai font kecil kat papan kenyataan tu yang Mama tak perasan kot.. entah la...

oh! don't get me start on public transportation pulak... huhu....



Replacing Emoji...

6 comments:

fid said...

ko check up kt mmn?
kat sect 19 shah alam tu dah buka
ke ko pi situ?

Hanz said...

Emma, tang ni adakalanya memang masyarakat kita kurang sensitif..bab baby room tu, me pun pernah terkena macam emma kena tu..geram rasa nak sound terus, jer kan?

precious innocent said...

fid: ko biar betul sek19 dah bukak? bila bukaknye? aku mmg tunggu situ bukak je, x tahan la nak ke sek7. jauh + ramai sgt..

hanz: i rasa almost semua bf mother sure akan tkena benda ni sbb selalu jugak bump into entry yg ala2 mcm ni.. i x punya kekuatan diri utk sound depa2 ni.. but how knows in future kalau dah x tahan sgt kan?

mamaDhea said...

kat tempat sya selalu gi check (klinik desa) pon camtu.. yg lelaki pon menyibuk dok kat kusi (mostly).. takdak sensitiviti langsung..

precious innocent said...

mama dhea: sejibik la yg kat shah alam ni.kalau yg dok atas kerusi tu tua2 bongkok xpa la jugak, ni memasing selamba katak selak metro. oo mungkin metro tu berat kotttt

mama-syira said...

bab ni memang takleh nak kompromi! memang hangin je kalo nak citer pasal 'OKU' yg terdiri dari lelaki gagah perkasa. pasal yg babies room pun sama. heran betul dgn masyarakat yg selfish macam ni.