-PERCUBAAN MENGGUNAKAN ELECTRIC PUMP-

perasaan teruja menyelubungi diri ini..

pertama kali menggunakan preloved spektra3 May17 lepas, Mama dapat 4oz.. bagi Mama tu dah cukup banyak tu... best la pakai electrik pump nie, sebab yang penting tangan dah tak lenguh!!!! hehe...

memula tu tension gak sebab dok tengok awat cam sikit je keluar susu nieee... mana taknye, mata dok tengok berapa oz dah kumpul, memang la tension... lepas tu, puting perit sebab tak biasa lagi dengan suction, terkial-kial nak dapatkan suction pulak...

then esoknye dah dpt 8oz sekali perah untuk both side.. yey!!!!

cuma Mama tak tau camne nak pump sambil bfkan Rymi, takut muncung pump tu jatuh or Rymi tak selesa.. hehe.. ada sesapa nak kasi nasihat???

(hmmm... agak-agak, Mama berani tak pump kat cubicle office?)


taken May12 (Rymi berumur 31 hari)
pembelian electrik pump kali nie untuk budak pipi labuh tu...
sila jangan muntah ijo tengok wanita yang berkain batik tu ye...


-SKILL MASIH ADA...-

semalam (130510) barang yang Mama order dari IbuNurul via online shop dia dah sampai.. Mama order storage beg & 1keping CD untuk Rymi.. oh by the way, jangan pelik bila click kat online shop IbuNurul, & keluar web dia under maintenance.. currently IbuNurul hanya ambil order offline atas sebab yang tak dapat dielakkan.. kalau ada apa-apa soalan, leh contact dia direct via main blog dia..

anyway, tu bukan main point entry nie...

dapat je storage beg tu, Mama pun tak sabar-sabar nak memulakan operasi perah-memerah... Mama cuba perah pakai tangan.. & dapat 2oz.. (giler gelut, 2oz pun nak bangga diri!).. walaupun orang lain mungkin cakap Mama mereng, tapi disebabkan Mama dah lama stop aktiviti memerah susu nie agak lama, so agak teruja la boleh dapat 2oz.. meaning skill tu masih ada la.. hehe...

ok.. tu je nak blog.. jangan marah aaaaa...