-KURANG SENSITIVITI?-

masa Rymi genap 9bulan Selasa lepas (110111, nice number kan?), Mama bawak dia p check up macam biasa.. & seperti biasa la kat klinik kerajaan, ramai sungguh manusia yang menunggu giliran.. termasukla pak-pak budak yang sama join nak check kesihatan kot.. maybe depa terlalu sakit sampai terpaksa duduk kat atas kerusi & tak boleh bangun memberi kerusi tu kat mak-mak yang bawak budak kecik or mak-mak mengandung yang penat bawak perut.. entah la Mama tak tau...

mungkin jugak ada betulnya kata Ayahnye, 'depa tak cukup gagah...'

memang masyarakat kita kekurangan sensitiviti ek? Mama teringat kes lain masa Mama nak bfeedkan Ryan kat shopping complex dulu.. location kat Ikano.. Ryan dah nangis-nangis nak susu, so Mama cepat-cepat la masuk Babies Room kat 2nd floor tu... kat situ ada 2 cubicle (seingat Mama) yang disediakan untuk ruangan menyusu ni.. tapi dua-dua fully occupied.. Mama cuba pujuk-pujuk Ryan sebab dia dah cranky habis... ye la, budak lapar, what do u aspect kan? quite lama jugak la Mama berdiri kat luar tu.. tapi leh dengar yang 1 cubicle ni ada suara 2 orang.. walhal terang-terang tertulis kat situ yang bilik tu hanya untuk breastfeed mother.. takpe Mama still bersabar...

tunggu punya tunggu punya tunggu.. akhirnya kain penutup ditarik.. ada 1 lady keluar.. Mama cakap dalam hati, yes! dah boleh masuk.. tapi alih-alih lady ni p tarik balik kain tu.. ada sorang lagi tinggal kat dalam.. Mama dah berasap tapi still bersabar.. mungkin anak dia masih lapar kot. at the same time Mama dok acah-acah Ryan kasi dia leka...

tak lama lepas tu, baru another lady dalam tu keluar.. terkedu kejap Mama, rupanya dia suapkan anak dia food dalam tu!!! hadoi!!!geram betul Mama dengan lady yang takdak sensitiviti macam ni... macam la takleh suap kat luar.. bersepah bangku panjang kat dalam ikano tu...dalam Babies Room tu jugak yang dia nak lepak...

samada depa ni tak reti baca or buta huruf, kalau babies room, memang ada papan kenyataan yang terang-terang tulis hanya untuk breastfeed mother yang boleh pakai bilik tu... takde pun tulih pasal boleh kasi makan anak dalam bilik tu.. or mungkin depa pakai font kecil kat papan kenyataan tu yang Mama tak perasan kot.. entah la...

oh! don't get me start on public transportation pulak... huhu....



Replacing Emoji...

-WORDLESS WEDNESDAY-

Replacing Emoji...



 52.0kg | 167.0cm

uwaaa!!! Mama makin renek!!! 

-DBL NEW PROMOTIONAL PRICE-


ok ok, Mama tau Mama dah lewat 10 hari, tapi who care Mama terpaksa buat research betul-betul sebelum launch harga baru ni...

so, ini la harga baru untuk DBL bersempena 2011.. amacam harga? harapnya still tergolong dalam 'mampu milik ye'.. kalau ada apa-apa soalan, just shout out.. jangan malu-malu ^_^...





Replacing Emoji...
Replacing Emoji...

-ABOUT LAST WEEK-

on Ryan

- dia dah pandai berak dalam jamban. yey! tapi frust la jugak, sebab right now dia nun jauh dengan Atuk Nendanya... this saturday baru balik ke pangkuan ketiak Mama... kench pun baru berapa kali terbabas... reasonnya sebab leka main sampai terlupa nak menjerit kat Nendanya..oh! pasal yakyak tu, kalau tak dalam jamban, Ryan akan melepas kat longkang luar rumah.. haha!!! jenuh la Atuk menyental longkang rumah... 
 
- dia sakit mata penangan tidur pukul 3am kekonon celebrate new year. location, still kat kampung (Atuk Nenda's).. 
situasinya gini:
Ryan: Nennaaaaaaaaaaa (Nenda)!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ain (Ryan) takleh nampak!!!!
Nenda: berlari masuk bilik cuak.. belek Ryan.. OOOO, Ryan sakit mata... carefully Nenda cuci matanya yang penuh dengan taik mata.. Sekarang macam mana?
Ryan: ok, dah nampak dah..

ok, cara Mama cerita tak berapa funny, tapi masa Ayah cerita memang cute sangat ape yang Ryan sebut kat Nenda....

on Rymi

- gigi dua batangnya dah makin nampak.. tapi siksanya nak snap gambar.. later-later Mama cuba k...
- dah pandai minum pakai straw.. cute! tapi still tak pandai nak control kelajuan air dari masuk ke kerongkong. banyak kali jugak la tersedak...
- Mama really really need to record vid bila Rymi gigih nak capai kasut yang kat atas rak tu.. tak agak-agak menjingkit kaki dengan muka sungguh-sungguh nak capai kasut.. hahahaha, memang funny

patutnya buat wordless wednesday, tapi external harddisk jealous dengan Mama kot. mogok pc ni tak boleh baca...
percubaan untuk mengupdate blog panjang-panjang sikit, walaupun dalam bentuk pointform.. ni la penangan microblogging!




Replacing Emoji...

-QUICK UPDATE ON DEEPBLUE LENSE PHOTOGRAPHY-

watch out for DBL Photography's new page as we will announce our new price soon...

*speed update je ni sebab nak siapkan keje.. nanti later-later Mama upload panjang sikit...*




Replacing Emoji...